RASMI : Semak Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 Bulan September 2022




Berita baik buat semua rakyat Malaysia, pengkreditan bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi. Bayaran ini merangkumi beberapa kategori termasuk Bujang, Isi Rumah serta Warga Emas.

Pada rencana kali ini kami akan berkongsi berkenaan cara melakukan semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM Fasa 3.

Semakan Status & Fasa Bayaran BKM

Fasa 1
  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2
  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

Fasa 3
  • Bayaran dikreditkan bermula penghujung Ogos atau awal September 2022

Fasa 4
  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

Kadar Bayaran BKM Fasa 3 Bagi Setiap Kategori

Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:


Cara Semakan Status BKM Fasa 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Notis (LHDN)

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my


Post a Comment

1 Comments

  1. Encik saya mohan agar di percepat bantuan bayaran bkm saya kerana saya sekarang sudah tidak ada lagi wang untuk meyara dan menampung keluarga dan dalam keadaan kesusahan....dan lagi untuk membeli beras pun sudah tak ada wang

    ReplyDelete