TERKINI : Bantuan BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!




Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.



SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:
  • Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan


Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN


Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:
  • Fasa 1: 28 Mac 2022
  • Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)
  • Fasa 3: September 2022
  • Fasa 4: Disember 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Post a Comment

0 Comments