Seperti yang anda semua ketahui, bermula pada tahun 2021 ini semua majikan perlu memberikan gaji kepada golongan belia yang berumur 18 - 30 tahun yang mengikuti Program Penjana Kerjaya 2.0 harus diberikan bantuan sebanyak RM1,000.00.


Untuk pengetahuan anda, program Penjana Kerjaya 2.0 ini ditubuhkan bagi bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pekerjaan bagi individu yang menganggur melalui on-the-job training.


INSENTIF BAGI PERINTISAN


Berikut adalah merupakan insentif yang akan diberikan kepada majikan:

  • Gaji atau elaun minima adalah sebanyak RM1,200.00 bagi setiap bulan.
  • Bayaran sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada majikan bagi mereka yang lepasan sekolah ataupun graduan bagi program perantisan. 
  • Bayaran akan dilaksanakan selama tempoh tiga bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan selama 3 bulan. 
  • Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja serta kediaman.
  • Pihak majikan boleh memohon untuk sekali sahaja dalam satu kursus latihan perantis dengan kos maksima dengan jumlah sebanyak RM4,000.00.

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang masih menganggur serta tidak mempunyai pekerjaan
  • Individu yang lepasan sekolah ataupun graduan berumur 18-30 tahun
  • Individu yang mengikuti program perantisan yang telah berdaftar dengan mana-mana syarikat

TARIKH PERMOHONAN
  • Permohonan dibuka pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2021

CARA MEMOHON

Bagi majikan yang ingin melakukan permohonan Program Penjana Kerjaya 2.0 boleh dilakukan secara online melalui laman berikut : https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui lebih lanjut dan jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Program Penjana Kerjaya 2.0 ini anda boleh melakukan rujukan DI SINI.