[TERKINI] : Cara Memohon Bantuan RM600 Daripada PERKESO Bagi Pekerja Yang Terjejas Akibat COVID-19



Berita baik buat anda semua, berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang mana sedikit sebanyak telah menjejaskan sumber kewangan dan pendapatan rakyat yang terjejas, maka pihak PERKESO tampil dengan memberikan Bantuan Cuti Tanpa Gaji di bawah skim EIS disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 ini.


Ramai masyarakat yang terkesan berikutan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan sahaja daripada aspek kesihatan masyarakat namun ianya juga turut menyebabkan ramai daripada kalangan masyarakat yang iaitu para pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja bagi mengurangkan kos operasi yang ditanggung oleh para majikan. 


Hal ini semakin bertambah parah apabila baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri tertentu. Melihat kepada keadaan serta situasi ini, pihak PERKESO telah tampil melancarkan Bantuan Kewangan RM600 seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. 


Bantuan Kewangan RM600 ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan melalui SOCSO di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi membendung situasi di mana terdapat para majikan yang terpaksa untuk memberikan notis cuti tanpa gaji akibat daripada kos operasi serta ekonomi yang semakin meruncing disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 ini. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan KerjayakuKini sediakan di bawah ini untuk mengetahui segala maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini. 


CARA MEMOHON


1. Anda boleh melakukan permohonan dengan memuat turun borang permohona erpc-19 dan ikuti segala maklumat yang diberikan di bawah dengan lengkap. Sila klik DI SINI

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh di hantar secara terus melalui email rasmi iaitu erpc19@perkeso.gov.my

3. Segala permohonan akan dilakukan sendiri oleh pihak majikan anda.


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON


  1. Terbuka kepada mana-mana sahaja daripada anda sebagai pekerja swasta yang telah berdaftar dan mencarum berdasarkan pada kadar caruman SIP.
  2. Mempunyai pendapatan RM4,000 dan kebawah adalah layak untuk melakukan permohonan
  3. Anda hanya layak untuk memohon bantuan ini jika telah melalui sekurang-kurangnya 30 hari cuti tanpa gaji. Sebagai contoh, anda diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan selama 4 bulan yang mana bermaksud anda sudah cuti tanpa gaji selama 30 hari dan pada hari yang ke 31 anda sudah layak untuk melakukan permohonan dan anda berpeluang menerima bantuan sebanyak RM600 sebulan.

CARA PEMBAYARAN


Bagi mereka yang layak dan telah melepasi syarat kelayakan, anda akan diberikan bantuan sebanyak RM600 oleh pihak PERKESO melalui majikan anda. 


Pihak majikan anda yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan bantuan tersebut kepada anda. Kegagalan pihak majikan untuk berbuat sedemikian akan dikenakan tindakan serta hukuman yang keras kerana tidak menjalankan amanah. 


Bayaran ini adalah sebagai ganti cuti tanpa gaji bergantung kepada jumlah notis cuti tanpa gaji yang diberikan oleh pihak majikan anda. Maksimum had yang telah ditetapkan adalah sehingga 6 bulan sahaja dan tidak lebih daripada itu. 

Post a Comment

2 Comments

  1. mcm mana nk mohon bantuan perkeso nie ,atau pergi ke perjabat perkeso..nk buat bantuan

    ReplyDelete
  2. Slamat ptg tuan dan pun... Mohon tumpang tnya sikit ya.... Mcm mna nak mmohon bntuan perkeso ni tuan puan

    ReplyDelete