[RASMI] : Bantuan Beli Kelengkapan Persekolahan Sehingga RM400 Yang Ibu Bapa Semua Perlu Ketahui



Untuk makluman anda, bermula pada 23 Disember 2020 seramai 27,246 pelajar yang datang daripada keluarga asnaf boleh melakukan pembelian barangan pakaian dan peralatan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2021 tanpa perlu melakukan bayaran sesen pun. 


Bermula pada tahun ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberikan kemudahan kepada para keluarga asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Anda hanya perlu melakukan semakan penerima di laman yang telah disediakan dan buat tebusan di lokasi seperti yang telah ditetapkan. 


Sila ikuti segala perkongsian yang pasukan KerjayakuKini sediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala maklumat penebusan Kasih Asnaf Back To School "Pilih dan Pulang".


KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL "PILIH DAN PULANG"


Melalui bantuan ini, golongan keluarga asnaf hanya perlu melakukan perkara seperti di bawah berikut ini:

1. Sila hadirkan diri anda kemana-mana 46 buah pasaraya / kedai yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

2. Sila pilih jenis barangan yang anda perlukan berdasarkan daripada senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kepada kadar yang telah ditetapkan. 

3. Kini anda boleh pulang dengan hati yang gembira tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran kerana segalanya ditanggung oleh pihak MAIWP mengikut jumlah dan kadar yang telah ditetapkan.


MAKLUMAT BANTUAN YANG PERLU ANDA KETAHUI


Untuk pengetahuan anda, berikut adalah merupakan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan MAIWP ini. Segala pembelian tanpa perlu pembayaran ataupun dengan kata lainnya proses penebusan boleh dillakukan mengikut pada ketetapan seperti yang berikut:

  • Tarikh Penebusan: Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
  • Masa Penebusan: Mengikut kepada waktu operasi kedai / pasaraya
  • Bilangan Kedai / Pasaraya: 46 buah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

CARA MELAKUKAN PENEBUSAN

Untuk makluman, berikut adalah merupakan cara serta kaedah untuk anda melakukan penebusan bantuan mengikut kepada lokasi terpilih seperti yang telah ditetapkan: 

1. Memilih lokasi penebusan (kedai/pasaraya) yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.
2. Pastikan anda membawa MyKad / MyKid / Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan (jika tiada MyKad, MyKid dan Surat Beranak)
3. Anda hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kepada kategori pelajar dan kadar bantuan seperti yang telah ditetapkan.
4. Anda haruslah melakukan penebusan untuk barangan yang wajib terlebih dahulu sebelum menebus barangan pilihan yang lain. 
5. Pembelian melebihi kadar bantuan yang diperuntukkan adalah tanggungjawab ibu bapa / pelajar itu sendiri.



CARA SEMAKAN PENERIMA BANTUAN

Bagi makluman anda, seramai 27,246 pelajar daripada golongan asnaf adalah layak untuk menerima bantuan persekolahan yang telah ditawarkan ini. Anda boleh melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak di sini - sila klik DI SINI

KADAR BANTUAN DAN BARANGAN PENEBUSAN

Untuk pengetahuan anda, kadar bantuan dan barangan penebusan bakal diberikan mengikut kepada kategori dan jenis sekolah penerima. Anda boleh melakukan semakan kadar bantuan beserta dengan barangan wajib & pilihan yang boleh anda tebus melalui laman facebook rasmi pihak MAIWP yang telah kami sediakan di bawah ini. Segala maklumat dan pertanyaan yang anda perlukan ada pada laman tersebut. 
  • Laman Facebook Rasmi MAIWP - klik DI SINI

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi salah satu daripada talian yang disediakan di bawah ini:
  • Kuala Lumpur : 011-62542728 / 011-5920909476 / 011-63341373
  • Labuan : 011-59496216
  • Putrajaya : 013-8513066 / 087419594 / 087419716

Post a Comment

0 Comments