Bantuan Kanak-Kanak JKM RM1,000 Sebulan Tahun 2021



Berita baik kepada anda semua kerana bermula pada tahun ini, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan. Sila ikuti segala perkongsian di bawah ini yang telah pasukan Kerjayaku Kini sediakan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan kadar kenaikan bantuan JKM yang baru. 


JUMLAH BANTUAN LAMA 

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100.
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi daripada 4 orang. 
  • Jumlah bantuan baharu (2021)

JUMLAH BANTUAN BARU (2021)
  • Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun bakal mendapat RM150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:
  • Warganegara Malaysia 
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan. 

CARA MEMOHON SECARA ONLINE & MANUAL

Langkah 1 (Secara Online)
  • Sila layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis serta segala butiran yang perlu diisi
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'.

Langkah 2 (Secara Manual - Pejabat JKM)
  • Setelah berjaya lakukan langkah 1, anda perlu hadir ke pejabat JKM mengikut kepada kawasan yang anda telah mohon secara online. 
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah:
  • > BORANG PERMOHONAN BANTUAN
  • > BORANG KEMASKINI MAKLUMAT 

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti: 
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad / MyKid anak jagaan.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  • Salah satu bil utiliti seperti air, elektrik atau astro.



Post a Comment

1 Comments