Bantuan Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga April 2021



Untuk makluman, pihak kerajaan bersama syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan data percuma sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan bagi tujuan produktiviti dan pembelejaran. Sebelum ini, penawaran bagi internet percuma ini akan dilanjutkan sehingga 1 Mac 2021 ini namun melalui pengunguman Pakej Bantuan Khas yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menjelaskan bahawa pemberian internet secara percuma ini akan diteruskan sehingga penghujung April 2021. 


Melalui langkah tersebut, ia akan memberikan tambahan bantuan selama sebulan berbanding perancangan awal sebelum ini yang hanya diberikan sehingga bulan Mac 2021 sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban data yang harus ditanggung oleh para pelajar khususnya ketika melakukan pembelajaran secara atas talian. 




CARA PENEBUSAN

Untuk mendapatkan data percuma 1GB ini, ianya tertakluk kepada syarikat telekomunikasi masing-masing. Ada yang memerlukan anda melakukan penebusan secara manual dan ada juga yang melakukannya secara automatik. 

Anda boleh merujuk kepada penyedia khidmat telekomunikasi yang anda gunakan masing-masing untuk ketahui bilakah tarikh bantuan ini boleh untuk ditebus. 

Pengendali syarikat telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad melalui unifi mobile sebelum ini juga telah memanjangkan tempoh akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB internet percuma sehingga 24 jam. 

INISIATIF KERAJAAN BANTU RAKYAT

Untuk makluman, bantuan internet percuma 1GB yang disediakan setiap hari melalui peruntukan data bulanan pelanggan dari rancangan mereka yang sedia ada yang mana bermaksud pelanggan dapat menebus sehingga 30GB data sebulan secara percuma. 

Inisiatif ini adalah merupakan sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek. 

Seterusnya, tembahan kepada internet percuma 1GB ini juga bakal menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19. 

Post a Comment

2 Comments