5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Dalam Memohon Pekerjaan Yang Ramai Calon Tak Tahu Dan Menjadi Punca Kegagalan



Adakah anda dah mohon pelbagai jawatan daripada pelbagai syarikat tetapi masih lagi tiada panggilan temuduga sehinggalah ke hari ini? Jangan diam. Anda perlu bertindak sekarang dan cuba lihat semula apa sebenarnya yang bermasalah dan menjadi punca sehingga anda tidak mendapat apa-apa tawaran sehingga kini.


Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai laman permohonan kerja di negara kita sebagai contoh MyFutureJobs, LinkedIn, Jobstreet dan sebagainya. Sebagai seorang pemburu pekerjaan ataupun job hunter, anda sebenarnya hanya perlu bijak dalam memohon dan melengkapkan profile sesuai seperti mana yang pihak majikan selalu inginkan.


Kali ini pasukan Kerjayakukini akan berkongsikan kepada anda semua tentang 5 kesalahan dalam melakukan permohonan pekerjaan melalui laman web kerjaya yang ramai calon tidak sedar dan menjadi punca gagal mendapatkan tawaran pekerjaan.


LIMA KESALAHAN DALAM MEMOHON PEKERJAAN

Berikut adalah merupakan kesilapan dan kesalahan yang sering calon lakukan dalam melakukan permohonan sesebuah pekerjaan:


1. Profile Calon

Kesalahan utama yang sering calon terlepas pandang adalah profile calon tidak lengkap. Sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan semula kepada profile serta segala maklumat yang diperlukan tanpa ada sebarang maklumat pun yang tertinggal. Isi maklumat dengan lengkap termasuklah maklumat pendidikan, kemahiran, pengalaman bekerja dan sebagainya.


Kebanyakan calon adalah malas untuk mengisi benda ini kerana merasakan bahawa benda ini agak sedikit leceh. Namun, anda harus membuang segala sifat dan rasa tersebut terlebih dahulu jika anda ingin berjaya mendapatkan pekerjaan yang anda idamkan. Muat naik gambar profile dan resume juga adalah sangat penting. Setelah anda selesai melengkapkan profile diri anda, barulah anda boleh melakukan permohonan pekerjaan yang diiklankan.


2. Kemahiran / Skill

Terdapat calon yang hanya mengisi bahagian kemahiran dengan hanya sekadar meletakkan Microsoft Office sahaja. Sebaiknya anda dinasihatkan agar tidak melakukan perkara tersebut. Sila pastikan bahawa anda memasukkan juga beberapa kemahiran lain seperti mahir dalam menggunakan Adobe Photoshope, Autocad dan sebagainya. Jika anda mempunyai pengalaman dalam menggunakan apa-apa instrumen semasa belajar / praktikal dahulu pun anda juga boleh masukkan.


Anda tak cukup kemahiran nak masukkan? Jangan jadikan ianya sebagai satu alasan, gunakan masa yang anda ada untuk belajar kemahiran-kemahiran penting yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda minati. 


3. Expected Salary

Bagi mereka yang fresh graduate jika anda hendak mendapat pekerjaan dengan cepat, jangan letakkan gaji jangkaan ataupun expected salary yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal jika anda belum mempunyai kehebatan dan pengalaman yang cukup menarik untuk melakukan permintaan demand gaji.


Bila anda nak memohon sesuatu kerja tu, sila lihat dulu info gaji untuk jawatan yang anda ingin pohon. Kalau jawatan tersebut meletakkan anggaran gaji dalam RM2,500 hingga RM3,500, anda boleh cuba memohon RM2,500 sebagai permulaan. 


4. Work Location

Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya pihak majikan dan HR syarikat akan lihat preferred work location calon dalam memilih calon pekerja. Sebagai contoh, syarikat yang berminat dengan anda terletak di Kuala Lumpur tetapi anda meletakkan preferred work location di Sabah.


Pihak HR akan beranggapan bahawa anda terlalu jauh dan memang tidak beringinan untuk bekerja luar daripada tempat tinggal anda. Jika anda betul-betul mahukan pekerjaan, anda tidak sepatutnya terlalu memilih lokasi tempat pekerjaan yang anda inginkan. 


5. Pitching

Untuk pengetahuan anda, setiap laman web kerjaya pasti akan ada sediakan bahagian pitching di mana para calon harus mengisi dan mengulas sedikit mengenai matlamat calon. Ramai calon yang hanya mengabaikan sahaja bahagian ini dan terus menghantar permohonan. Sila ubah benda tersebut sekarang! Pastikan bahawa anda mengisi bahagian tersebut juga.


Sebagai contoh, anda boleh gunakan ayat seperti berikut:


Selebihnya, anda boleh tambah sendiri sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang anda miliki. 


Semoga bermanfaat! 


**Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang memerlukan. Terima Kasih!

Post a Comment

0 Comments