BPN 2.0 : Pekerja Boleh Melakukan Permohonan & Tuntut RM800 - RM1,200 Sebulan Melalui Program Subsidi Upah - Kerjaya Terkini

Breaking

Thursday, 1 October 2020

BPN 2.0 : Pekerja Boleh Melakukan Permohonan & Tuntut RM800 - RM1,200 Sebulan Melalui Program Subsidi Upah


Pihak kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas berikutan penularan Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa pelaksanaan program terbabit dijangka akan memberi manfaat kepada 1.3 juta pekerja dan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.4 billion. 

PENGENALAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Tujuan Program Subsidi Upah ini ialah untuk membantu pihak majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat penularan wabak Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Pihak majikan hendaklah membuat tuntuan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0 yang diumum kerajaan pada 23 September 2020 iaitu pemberian RM600, RM800, dan RM1,200 kepada pekerja mengikut terma dan syarat. 

BANTUAN RM600.00

Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja.

BANTUAN RM800.00

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja. 

BANTUAN RM1,200

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang pula, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0

SYARAT KELAYAKAN P SU 2.0

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah: 

  • Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020
  • Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan kebawah.
  • Pihak majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja yang sedia ada.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
KAEDAH PEMBAYARAN P SU 2.0

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
  • bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.
CARA MEMOHON

Pihak majikan hendaklah mengemukakan permohonan bagi pihak pekerja mereka melalui laman web PERKESO. Pekerja akan menerima bantuan ini selama tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapai pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas.
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.
  • Permohonan dibuka bermula 01 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
  • Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah program subsidi upah 2.0, mereka layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.


1 comment: