Cara e-Pengeluaran Online RM500 / Sebulan Akaun-2 KWSP





Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja mengumumkan pada hari ini 23 Mac 2020 bahawa bagi pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang dari akaun-2 buat tempoh setahun. Hal ini bagi mengurangkan beban mereka yang pendapatannya terkesan dengan Covid-19.

KWSP Akaun-2 Boleh Keluarkan RM500

“Semua pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” kata PM pada sidang media hari ini.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020,” tambah beliau.

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji.

Alhamdulillah, berkat doa rakyat akhirnya KWSP akaun-2 boleh dikeluarkan disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak stabil.


Pengeluaran Secara Online (e-Pengeluaran)

Kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dari Akaun 2 KWSP bermula 1 April ini.



Permohonan secara online akan dibuka pada 1 April di laman sesawang KWSP. Sesiapa yang belum daftar untuk e-pengeluaran bolehlah berbuat demikian di laman web KWSP.

Sila Klik Sini untuk maklumat lanjut berkenaan e-pengeluaran.



Intipati Lain

Sidang media PM hari ini :

Inisiatif kerajaan terbaru yang telah diputuskan :

1. Kemudahan pengeluaran KWSP , bawah 55 boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM 500 sebulan, selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

2. Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta kepada kementerian kesihatan.
Peruntukan 100 juta untuk KKM melantik 2000 Kakitangan baru secara kontrak.

3. Menyalurkan peruntukan 130 juta ringgit kepada negeri2 untuk membantu peniaga dan penjaja kecil, bantuan kepada ahli keluarga pesakit Dan petugas2 kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri.

4. Menyediakan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan kepada peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman.

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih kerna dapat melulus kan mengeluaran wang kwsp akaun 2 untuk meringan kan beban yang kami tanggung sepanjang gelombang covid19 melanda negara.ribuan terima kasih kepada kerajaan malaysia terutama perdana menteri yg sangat prihatin..

    ReplyDelete
  2. Saya tak tahu alamat KWSP online boleh call saya 0176251187

    ReplyDelete
  3. Pejabat kwsp kuala terengganu buka tak

    ReplyDelete
  4. TAC tu nak letak nomer apa ya

    ReplyDelete