Berita Semasa - Empat Juta Isi Rumah Terima Bantuan Tunai RM1,600 Secara 'One-Off' Bermula April Dan Mei 2020


Dalam pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh perdana menteri Malaysia semalam, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberikan kemudahan bantuan sebanyak RM1,600 secara 'one-off' kepada empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 kebawah seperti mana yang telah diumumkan semalam. Pihak kerajaan juga turut memberikan bantuan sebanyak RM1,000 secara 'one-off' kepada 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui ucapannya berkata;

Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian secara 'one-off' itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM10 bilion dan buat pertama kalinya ia juga akan turut disalurkan kepada golongan M40. Mereka ini termasuklah pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan kebawah. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri juga turut berkata bahawa bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 dan kebawah, bayaran sebanyak RM1,000 akan diberikan bermula pada bulan April 2020 dan baki berjumlah RM600 akan dijelaskan pada Mei 2020.  Manakala bagi isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 sebulan pula akan diberikan sebanyak RM500 bermula pada April 2020 dan baki berjumlah RM500 akan dijelaskan pada bulan Mei 2020.

Sebanyak RM800 akan diberikan kepada tiga juta individu bujang yang berusia 21 tahun dan keatas dan mempunyai pendapatan RM2,000 dan kebawah. Bayaran akan dijelaskan sebanyak RM500 bermula pada April 2020 dan baki berjumlah RM300 akan dijelaskan bermula pada Mei 2020. Selain itu, sebanyak RM500 juga turut diberikan 400,000 individu bujang yang berusia 21 tahun dan keatas dan mempunyai pendapatan RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran akan dijelaskan sebanyak RM250 bermula April 2020 dan baki berjumlah RM250 akan dijelaskan pada Mei 2020. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) juga turut mendapat manfaat dan akan menerima bantuan secara 'one-off' sebanyak RM200 seorang dan akan mula dijelaskan bermula pada Mei 2020.

Bantuan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada para pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, IPTA dan IPTS. Bagi golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya (OKU) golongan gelandangan dan orang asal, pihak kerajaan akan bekerjasama bersama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Seterusnya, pihak kerajaan turut bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam dengan tempoh selama enam bulan yang membabitkan kutipan sebanyak RM750 juta. Pihak kerajaan turut bersetuju menangguhkan bayaran balik dengan tempoh masa yang sama bagi para peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020 dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta dan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada seramai 174,500 peminjam.

SUMBER

Post a Comment

0 Comments