[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan RM100 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah


Adakah anda tahu bahawa bermula pada tahun 2012 lagi setiap awal tahun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta sekolah menengah dari tahun 1 sehingga tingkatan 5. 


Untuk makluman, bantuan ini layak dipohon daripada keluarga pelajar yang berpendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah. Sila ikuti segala perkongsian yang telah disediakan oleh pasukan Kerjayaku Kini di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan ini. 


BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)


Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh para ibu bapa dan penjaga terutamanya setiap awal tahun. 


JUMLAH BANTUAN SETIAP TAHUN


Untuk pengetahuan anda, murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara one-off. 


Sekiranya anda mempunyai anak sebanyak 5 orang dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, maka anda akan menerima sebanyak RM500 bagi 5 orang anak anda tadi. 


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid Warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa). 

CARA MEMOHON 

Untuk pengetahuan ibu bapa semua, mereka tidak perlu untuk melakukan permohonan kerana pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan. 

Bagi murid yang berkelayakan mereka akan menerima borang dan ibu bapa perlu untuk mengisi serta melengkapkan borang tersebut. Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun para penerima atau diberikan secara dalam bentuk tunai (cash).



KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) Sekolah ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sekiranya ibu bapa merasakan bahawa anak mereka layak untuk menerima bantuan tetapi tiada dalam senarai, boleh rujuk secara terus kepada pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

Post a Comment

0 Comments