Permohonan Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Anak-Anak Sabah 2021 Dibuka


Tahukah anda bahawa sekiranya anda adalah merupakan pelajar anak kelahiran negeri Sabah dan berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh memohon Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Anak-Anak Sabah yang ditawarkan kepada semua anak kelahiran negeri ini.


Setiausaha kerajaan negeri Sabah telah mengeluarkan borang permohonan bagi pelajar anak Sabah yang layak membuat permohonan. Sila semak segala syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan perkongsian di bawah. 


SYARAT KELAYAKAN

Bantuan khas ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pelajar adalah merupakan warganegara Malaysia yang berasal daripada negeri Sabah.
  • Salah seorang ibu atau bapa merupakan anak kelahiran negeri Sabah.
  • Tidak menerima sebarang tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM2,000
  • Umur pelajar hendaklah tidak melebihi tiga puluh tahun
  • Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengambilan data pelajar.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang berasal daripada luar bandar.


PERINGKAT PENGAJIAN


Para pelajar peringkat sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia berikut adalah layak untuk memohon:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Pertama

DOKUMEN DIPERLUKAN


Untuk makluman, sila sertakan salinan dokumen yang telah DISAHKAN berikut untuk melakukan permohonan:

  • Borang Bantuan Khas Kewangan Pelajar Sabah (BKPS)
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Sijil Lahir Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Sijil Lahir Ibu & Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Surat Pengesahan Status Pengajian dari IPT
  • Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Penyata Akaun

CARA MEMOHON

Sekiranya anda melepasi segala syarat kelayakan dan ingin melakukan permohonan, anda diminta untuk menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas dan muat turun borang permohonan serta senarai semak di bawah ini:



Post a Comment

2 Comments

  1. Ada kah nombor telefon yang boleh dihubungi berkenaan bantuan khas kewangan pelajar ni?

    ReplyDelete