Permohonan Bantuan JKM Warga Emas RM500 Sebulan 2021
Melalui Belanjawan 2021, Menteri Kewangan iaitu Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.
Hal ini bermakna pada tahun 2021, orang tua ataupun warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang. Bantuan bagi warga emas di negara Malaysia diuruskan oleh JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tujuan bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelansungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Kerjayaku Kini sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum melakukan sebarang permohonan, sila pastikan bahawa anda telah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon haruslah merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa DAN
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau mana-mana kes yang berkeperluan akan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- Layari laman web ebantuanJKM - klik DI SINI
- Sila klik pada butang "Daftar Permohonan"
- Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
- Setelah selesai, klik butang "Daftar"
- Dalam 14 hari, sila pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Senarai direktori pejabat boleh dirujuk melalui link ini - klik DI SINI
- Sila bawa segala dokumen yang diperlukan bersama.
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Post a Comment
0 Comments