Berita baik buat anda semua kerana bantuan komputer riba, tablet dan data telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 bagi tujuan membantu meringankan beban para pelajar daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi meneruskan sesi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas. 


Untuk makluman, kemudahan tersebut disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan membantu meringankan beban keluarga berppendapatan rendah B40. 


Ikuti perkongsian yang telah pasukan KerjayakuKini sediakan di bawah ini untuk mengetahui meklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.


150,000 MURID BAKAL TERIMA KOMPUTER RIBA SECARA PERCUMA


Untuk pengetahuan anda, pemberian komputer riba secara percuma ini bakal melibatkan seramai 150,000 orang murid di 500 buah sekolah. Kemudahan ini adalah merupakan sebagai projek rintis bagi mengurangkan beban masalah pembelajaran yang dilakukan secara atas talian yang sedang dihadapi oleh majoriti para pelajar di Malaysia. 


Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan 13 Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) bakal memberikan sumbangan sebanyak 150 juta ke dalam Tabung Cerdik bagi tujuan pemberian sebanyak 150,000 komputer riba kepada para pelajar sekolah. 




TARIKH PENGAGIHAN


Untuk makluman, pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan pengagihan peranti akan bermula pada:

  • Peringkat Utama : Bulan Februari

Untuk pengetahuan anda, pihak mereka sedang bekerja keras dengan semua pihak agar mempercepatkan kadar pengedaran kepada para pelajar. Usaha ini akan dapat membantu para pelajar yang berasal daripada keluarga yang berppendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.