[RASMI] : Permohonan Rumah Murah Untuk B40 Seluruh Malaysia 2021 Kini Dibuka



Berita baik buat anda rakyat Malaysia kerana anda kini boleh melakukan permohonan membuat rumah di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan bayaran serendah RM300 sebulan. 


Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah merupakan bantuan untuk membuat rumah (subsidi kerajaan) terutamanya bagi golongan yang berpendapatan renda seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah daif tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Dalam erti kata lainnya, rumah ini sangat sesuai untuk golongan B40 dan M40. 


Untuk makluman, rumah yang ditawarkan adalah rumah berkonsepkan 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Harga yang ditawakan juga sangat murah berbanding dengan rumah di luar yang mana dengan keluasan rumah 1000 kps hanya berharga RM75,000 sahaja. 


SYARAT KELAYAKAN RUMAH RMR

  1. Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 
  2. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  4. Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut. 
  5. Mempunyai tanah yang berkeluasan tidak kurang daripada RM3,600 kps (mengikut reka bentuk)
  6. Tertakluk kepada peruntukan kewangan pemohon.
  7. Pemohon kedua diperlukan sekiranya umur 42 tahun (untuk semenanjung) dan 38 tahun (sabah, sarawak dan kawasan pulau). 

PELAN DAN HARGA RUMAH RMR

Harga Rumah Mesra Rakyat (RMR) Semenanjung



Pelan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Semenanjung 


Harga Rumah Mesra Rakyat (RMR) Sabah & Sarawak



Pelan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Sabah / Sarawak



PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Berikut adalah cara untuk memohon RMR ini: 

1. Buka Laman Web Rasmi RMR Online dan pergi ke portal rasmi SPNB - klik DI SINI 



2. Klik Pendaftaran Baru

Klik pada Pendaftaran Baru. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID nanti. 

3. Penerimaan Login ID Dan Kata Laluan

Semak email anda. Kata laluan akan dihantar melalui email. 

4. Log Masuk Ke Laman Utama

Kini anda boleh mula login masuk dengan menggunakan ID (email anda) dan kata laluan yang dihantar ke email anda tadi. 

5. Melengkapkan Borang Online

Paparan borang permohonan online akan dipaparkan. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. 

6. Selesai Mengisi Borang Online

Setelah selesai mengisi segala maklumat yang diperlukan, klik Selesai Pendaftaran Borang dan cetak borang tersebut. 

7. Majukan Borang Dan Dokumen Kepada SPNB

Bawa borang yang anda cetak tadi beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran dengan kawasan anda. 



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan sebelum melakukan sebarang permohonan:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Suarat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam satu malaysia maaf tuan saya ingin bertanya,seandainya tanah geran berantai boleh tak saya memohon rumah mesra rakyat.. bahagian tanah sudahpun di bagi dan diukur cuma geran tidak di pecah lagi,disebabkan kos untuk pecah geran mahal..bolehkah saya memohon rumah mesra rakyat.

    ReplyDelete
  2. Tiada pula senarai untuk Parlimen KINABATANGAN

    ReplyDelete