[RASMI] : Mohon & Semak Bantuan Telefon Percuma Untuk Golongan B40 Secara Online



Untuk makluman, terdapat satu berita baik kepada para pelajar yang berasal daripada keluarga B40 dimana kini anda boleh memohon bantuan telefon pintar percuma B40 dengan data internet 120GB secara percuma.


Untuk pengetahuan anda, YTL Foundation dengan kerjasama pihak YES dan FrogAsia telah melancarkan sebuah Bantuan Smartphone Percuma B40 bagi tujuan membantu para pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah yang tidak memiliki sebarang peranti dan internet untuk melakukan pembelajaran daripada rumah. 


Bantuan ini adalah merupakan bantuan sejenis telefon pintar yang diberikan secara percuma dengan data internet 120GB (10GB sebulan selama tempoh 12 bulan). Bagi makluman, para guru juga turut boleh mencadangkan nama para pelajar yang berkelayakan terutamanya mereka yang datang daripada keluarga B40. Selain daripada itu, ibu bapa juga turut boleh melakukan permohonan untuk bantuan telefon pintar ini untuk anak-anak mereka sendiri.


Antara maklumat yang diperlukan ialah: 

  1. Nombor MyKad / MyKid pelajar
  2. Nombor MyKad ibu bapa pelajar
  3. Status B40 ibu bapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 

**Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa, anda boleh melawatai halaman berikut https://bpn.hasil.gov.my/ kemudian sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang semak.

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan secara online, para pemohon hanya perlu melakukan pendaftaran nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan pada borang permohonan Smartphone yang telah disediakan di bawah ini: 

Borang Permohonan Smartphone - Klik DI SINI

CARA SEMAKAN

Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan untuk permohonan bantuan telefon pintar ini:
  1. Bagi melakukan semakan kepada status permohonan yang telah anda lakukan, sila layari https://lcs.yes.my./
  2. Sila masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor Kad Pengenalan untuk melakukan pengesahan.
  3. Seterusnya, paparan status berkaitan permohonan yang anda lakukan akan dipaparkan.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun masalah, anda boleh terus menghubungi:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Email : ytlfoundation@ytl.com.my
Telefon : +603 2038 0888
Fax : +603 2038 0388

Semoga bermanfaat untuk semua! 

Post a Comment

0 Comments