[RASMI] : KPM Beri Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Bernilai RM100 Untuk Golongan B40 ~ Mohon Sekarang!

 


Berita baik buat anda semua yang mempunyai anak yang masih bersekolah kerana Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang telah mula diperkenalkan sejak daripada tahun 2012 lagi yang bertujuan untuk membantu meringankan beban persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada setiap awal tahun. 


Untuk makluman, bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan KerjayakuKini sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan memohon yang perlu anda semua patuhi sebelum menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.
  • Berasal daripada kalangan isi rumah yang berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, berikut adalah merupakan kadar bantuan yang bakal diterima oleh murid-murid yang berkelayakan: 
  • RM100 untuk setiap murid

AGIHAN BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, tempoh pelaksanaan BAP adalah bermula pada bulan Januari sehingga bulan Jun untuk setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan ini bakal disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal pada 4 Januari tahun semasa secara berperingkat dan secara terus ke: 
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah ATAU 
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK

Kesemua sekolah yang telah menerima wang bantuan tersebut akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid yang berkelayakan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Seterusnya, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan bahawa wang tersebut akan diagihkan kepada para pelajar dalam tempoh masa 14 hari daripada tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke Akaun KWK sekolah.

CARA MEMOHON

Untuk makluman anda, semua pelajar yang berkelayakan tidak perlu lagi untuk melakukan permohonan secara individu bagi mendapatkan Bantuan Awal Pendidikan (BAP) bernilai RM100. Pihak sekolah bakal mengeluarkan dan memaparkan senarai nama murid yang layak dan akan memberikan makluman berkaitan dengan pemberian bantuan ini kepada mereka. 

Jika terdapat murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Pendidikan (BAP) sebelum ini dan ingin melakukan permohonan buat kali pertama, kini anda boleh melakukan permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan di bawah dengan menekan pada butang KLIK DI SINI dan membaca segala pernyataan yang telah dinyatakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan. 

Post a Comment

0 Comments