[RASMI] : Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir RM500 Akan Dibayar Bermula 15 Februari Ini
Untuk makluman, sebelum ini pihak kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan tentang pengagihan bantuan kecemasan buat mangsa banjir adalah pada pertengahan Januari 2021 iaitu pada 15 Januari 2021 ini. Namun demikian, pengagihan bantuan tunai pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan berdepan dengan banjir gelombang kelima.
Namun, pihak kerajaan Terengganu akan mengagihkan bantuan kecemasan sekali bayaran tersebut kepada mangsa banjir yang dijangkan akan bermula pada pertengahan Februari ini.
Sila ikuti segala perkongsian yang pasukan Kerjayaku Kini telah sediakan di bawah ini untuk mengetahui berkenaan segala maklumat bantuan kecemasan yang diberikan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan:
- Merupakan mangsa banjir di Terengganu
- Merupakan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PSS)
- RM500 sekali bayar
Post a Comment
0 Comments