Ibu Bapa Wajib Kemas Kini Maklumat Anak Di APDM ~ Ini Sebab Dan Cara Yang Perlu Anda Ketahui


Walaupun tidak semua para pelajar harus menjalankan sesi persekolahan secara bersemuka disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 namun ibu bapa harus sentiasa bersedia dan memastikan anak-anak mereka juga bersedia untuk memulakan sesi persekolahan yang akan diumumkan kemudian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 


Salah satu persediaan yang ibu bapa perlu lakukan adalah untuk mengemaskini profil murid di sistem APDM seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebelum ini. 


APA ITU APDM & KENAPA IBU BAPA PERLU TAHU?


Untuk pengetahuan anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di dalam APDM ini, segala maklumat berkenaan murid akan disimpan dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. Sebab tu amat penting bagi semua ibu bapa untuk memastikan maklumat anak di dalam APDM sentiasa dikemas kini. 


Selain itu, melalui APDM ini juga bantuan kepada pelajar sekolah yang layak dan memerlukan mudah untuk disalurkan. Kemaskini APDM ini boleh dilakukan secara online oleh ibu bapa di rumah. Bagi mereka yang tidak mempunyai capaian internet yang baik, anda boleh meminta tolong kepada pihak sekolah untuk membantu melakukan kemas kini maklumat anak-anak anda. 


CARA KEMAS KINI APDM

  • Sila layari laman web Sistem Pengurusan Sekolah KPM - klik DI SINI
  • Sila log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul jika masih mempunyai akaun. 
  • Jika anda masih belum mempunyai akaun, anda boleh daftar dengan cara klik Pengguna Baru dan isikan maklumat diri dan maklumat akaun. 


  • Bila dah berjaya sila klik pada Kemaskini Maklumat. 


  • Paparan senarai nama anak jagaan anda akan dipaparkan. Anda boleh klik pada mana-mana nama anak anda dan segala maklumat akan dipaparkan. 


  • Kemudian, anda boleh pilih jenis maklumat yang anda ingin kemaskini seperti profil anak jagaan, alamat anak jagaan dan maklumat penjaga. 




  • Setelah anda lengkapkan maklumat untuk semua anak jagaan anda, anda boleh klik pada kotak kecil di bahagian Perakuan Maklumat.
  • Bila dah selesai semua, anda boleh simpan softcopy ataupun cetak borang APDM tadi sebagai simpanan peribadi anda. 



Sila pastikan bahawa anda mengikuti satu per satu cara di atas agar maklumat anak anda siap dikemaskini di dalam sistem APDM agar apabila tiba waktu persekolahan nanti anda tidak perlulah tergesa-gesa untuk melakukan perkara ini lagi dan mengganggu proses pembelajaran anak anda. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. 

Post a Comment

0 Comments