Bantuan Tablet Android Percuma Untuk Golongan B40 2021


 

Berita baik buat anda semua kerana keluarga B40 dan Pemohon BPN Kini boleh memohon bantuan Tablet Android percuma 2021 untuk anak-anak anda. Semoga dengan bantuan ini ianya dapat membantu meringankan beban para rakyat serta ibu bapa di negara kita ini dalam menghadapi cara pembelajaran yang mengikut pada norma baharu. 


PERMOHONAN TABLET ANDROID PERCUMA 2021


Untuk makluman anda, Bantuan Tablet Android Pecuma ini adalah merupakan salah satu bantuan dan inisiatif daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang merangkap ahli parlimen Port Dickson untuk golongan pelajar agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan akses pendidikan terutamanya ketika sesi pembelajaran yang dilakukan daripada rumah secara online pada ketika ini (PDPR).


Melalui bantuan ini, mereka yang layak akan menerima Tab Android atau mana-mana peranti pintar yang menyokong sistem android. Bantuan ini tersedia untuk murid-murid:

  • Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum melakukan sebarang permohonan untuk bantuan ini:
  1. Terbuka kepada keluarga warga / penduduk / pengundi di Port Dickson.
  2. Pendapatan keluarga di bawah B40 dan merupakan pemohon BPN.
  3. Mempunyai asas dalam penggunaan kompuuter atau internet.

CARA MEMOHON

Untuk makluman, bantuan adalah terhad dan semua permohonan akan diteliti terlebih dahulu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja. Kepada anda yang memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh melakukan permohonan secara online seperti di bawah ini: 



  1. Sila pergi ke pautan Borang Permohonan Tablet Android Online di bawah ini
  2. Borang Permohonan Tablet Android Online - klik DI SINI
  3. Sila pilih sama ada anda adalah merupakan penerima Bantuan BPN atau tidak dan klik 'Next'
  4. Lengkapkan maklumat murid dan kemudian klik 'Next'
  5. Lengkapkan makluat keluarga dan kemudian klik 'Submit'
  6. Permohonan anda telah berjaya di hantar.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

Post a Comment

0 Comments