[RASMI] : Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) Untuk Golongan B40 Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang!

 


Jika anda mempunyai tanah dan ingin membuat rumah, ini adalah merupakan berita baik untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kini mempelawa anda yang berkelayakan untuk melakukan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR). Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui laman web rasmi SPNB. 


Untuk makluman, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini telah diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang belum lagi mempunyai rumah sendiri ataupun tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang kondusif dan selesa. 


Sila ikuti segala perkongsian di bawah yang telah pasukan KerjayakuKini sediakan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) termasuklah syarat kelayakan, ciri perumahan, dan cara melakukan permohonan.


SYARAT KELAYAKAN


Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi Program Rumah Mesra Rakyat (RMR):

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon haruslah berumur 18 tahun dan keatas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah / tapak yang bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukanlah tuan yang punya tanah, pemohon mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu kepada pemilik tanah tersebut. 
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk) 
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

CIRI PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)



CARA MEMOHON 

  1. Pendaftaran boleh anda lakukan secara online melalui laman web rasmi SPNB - Klik DI SINI
  2. Klik pendaftaran baru
  3. Sila isi borang pendaftaran login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan sebagai login ID
  4. Satu email / SMS yang mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang telah didaftarkan oleh pemohon. 
  5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan borang pra-pendaftaran akan dimuat turun
  6. Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon
  7. Klik selesai pendaftaran dan cetak borang
  8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB

BORANG PERMOHONAN


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh dapatkan maklumat di cawangan SPNB berhampiran dengan kawasan anda atau layari terus https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/ 

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau nelayan mcm saya.tiada rumah sendiri dan tanah.boleh ker nk mohon.

    ReplyDelete