[RASMI] : Pengeluaran RM10,000 Akaun Satu KWSP Dibenarkan Untuk Semua Ahli Terjejas - Kerjaya Terkini

Breaking

Thursday, 26 November 2020

[RASMI] : Pengeluaran RM10,000 Akaun Satu KWSP Dibenarkan Untuk Semua Ahli Terjejas



Kuala Lumpur : Pihak kerajaan hari ini telah bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua para pencarum yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak pandemik Covid-19.


Join Telegram Rasmi : http://t.me/mohonkerjaya


MEMBERI MANFAAT KEPADA 8 JUTA AHLI

Tengku Datuk Seri Zafrul yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata pengeluaran tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini. Selain itu, Tengku Zafrul turut berkata kadar minimum pegeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000. 

"Justeru setelah berbincang dengan pihak KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

SEMUA AHLI LAYAK MELAKUKAN PENGELUARAN WANG KWSP AKAUN-1

"Tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan, terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut adalah layak untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu, tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak.

"Selagi mereka terjejas pendapatan secara ketara, mereka boleh mengeluarkan simpanan daripada akaun satu KWSP.

PENGELUARAN DARI RM9,000 KEPADA RM10,000

"Daripada dua juta ahli yang telah layak sebelum ini, kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli, tambahan pula setiap ahli dibenarkan mengeluarkan sehingga RM9,000, kini dibenarkan mengeluarkan sehingga RM10,000," katanya dalam sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

HANYA PERLU MEMBAWA DOKUMEN YANG MENYATAKAN MEREKA KEHILANGAN ATAU TERJEJAS PENDAPATAN

Tengku Zafrul turut menambah ia akan melibatkan nilai peruntukan sebanyak RM70 billion.

Oleh itu, semua ahli yang layak katanya boleh membuat permohonan di KWSP dan mengemukakan dokumen bahawa mereka kehilangan ataupun terjejas pendapatan. 

2 comments:

  1. Dokumen yang diperlukan tu kena buat sendiri ke atau kwsp dah memang sediakan,ke mcm ek?

    ReplyDelete
  2. Nak ambil duit sndiri pun mcam2 syarat..memang bagi kami dlm golongan b40 nie ada yang tak terjejas masa covid 19 melanda..tp kami juga perlukan duit..harapkan gaji kami yang cukup2 makan je..nak bayar sewa rumah lagi..loan knderaan lg..ank2 bersekolah..tiap2 bulan nk bayar tambang bas skolah..klw dapat i sinar nie..dapatlah ringankan beban sikit...kami yg betul2 memerlukan nie..tp x dapat...jadi i kecewa sudah..

    ReplyDelete