Cara Melakukan Kemaskini Maklumat & Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 September & Oktober 2020



Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengumumkan senarai terkini bantuan kerajaan akibat penularan wabak Covid-19. Berikut adalah maklumat terkini tentang pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasioal (BPN) 2.0.

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 Bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 Bujang
Bayaran akan dijelaskan sebanyak dua kali iaitu pada penghujung Oktober dan bayaran seterusnya pada Januari 2021.

Bagi kategori penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala bakinya pula RM 300 akan dijelaskan pada Januari 2021.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0



Setakat ini, tiada permohonan yang perlu dibuat. Pihak kerajaan melalui kementeriannya akan menyalurkan bantuan secara terus kepada penerima yang telah lulus sebelum ini. Rayuan serta permohonan baru boleh dibuat kemudian. 

Join Telegram Rasmi kami untuk dapatkan maklumat kekosongan jawatan terkini seluruh Malaysia di http://t.me/mohonkerjaya

KEMASKINI MAKLUMAT & MOHON BPN 2.0

Platform untuk melakukan kemaskini masih lagi menggunakan portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/ maka tiada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini. 

Secara amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu kemaskini:

NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
- Contoh: Jika dahulu anda menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk terima bayaran. Tapi, akaun tersebut sudah tidak aktif lagi atas sebab-sebab tertentu maka anda perlu gantikan ke akaun baru yang aktif.

STATUS PERKAHWINAN TERKINI
- Contoh: Jika anda telah berkahwin, pastikan anda tidak lupa untuk kemasikini BPN 2.0 jika dalam sistem terdahulu masih lagi berstatus bujang. Jika anda telah bercerai, anda juga perlu melakukan kemaskini BPN 2.0 jika status asal masih lagi berstatus berkahwin.

NOMBOR TELEFON TERKINI
- Contoh: Jika anda telah menukar nombor telefon, sila pastikan bahawa anda mengemaskini maklumat nombor telefon yang aktif dan terkini.

Sekiranya anda gagal untuk mengemaskini maklumat BPN 2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat anda tidak terima yang dihantar melalui SMS atau panggilan ke nombor lama tersebut.

MAKLUMAT ANAK TERKINI
- Contoh: Jika jumlah anak bertambah, contohnya dari 1 orang kepada 2 orang maka anda juga perlu melakukan kemaskini. 

CARA MELAKUKAN KEMASKINI BPN 2.0
  1. Anda perlu melayari portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang LOG MASUK pada bahagian MENU sebelah kanan.
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang SEMAK
  5. Anda telah dapat log masuk ke dalam sistem anda.
  6. Klik butang papar borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan lihat:
    • Nama 
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Status Permohonan
    • Jumlah Kesulurhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
    • Selepas Papar Borang, klik Butang Kemaskini
    • Sila semak dan lakukan kemaskini jika terdapat maklumat yang hendak diubah
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN BPN 2.0

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui mana-mana talian berikut:

03-8882 9089/9087/9191/4565/4566








Post a Comment

4 Comments

  1. Sebelum ini emak saya ada terima bpn sebanyak rm1600 manakala rm1000 lagi nda dapat!

    ReplyDelete
  2. Adakah emak saya perlu membuat kemaskini sekali lagi untuk bpn2020?

    ReplyDelete
  3. Aslm, knp xdpt kemas kini, tiada butang kemas kini, hanya terpapar permohonan terdahulu sahaja

    ReplyDelete
  4. Aslm...kenapa tak boleh kemaskini

    ReplyDelete