Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 ~ Permohonan Bermula Pada 7 Ogos Sehingga 6 September


Pada 24 Julai yang lalu, pihak kerajaan telah melaksanakan pembayaran BSH fasa 3. Tempoh untuk melakukan permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 07 Ogos hingga 06 September 2020. Bagaimana hendak melakukan permohonan rayuan tersebut?

Berikut adalah merupakan proses dan cara untuk melakukan permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dibuka kepada orang ramai bermula pada 07 Ogos hingga 06 September 2020.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Bagi pemohon yang gagal ataupun tidak berjaya, anda boleh melakukan permohonan melalui:
NOTA: Sila bawa dokumen berikut sebelum anda hadir ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran dengan anda : 
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan
  • Penyata Gaji Terkini
  • Surat Status Perkahwinan
Anda tidak layak untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya anda tidak memenuhi syarat seperti di bawah berikut:
    • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
    • Menetap di luar negara
    • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
    • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
    • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
    • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
    • Pemegang saham / pengarah syarikat
    • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
    • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
    • Memiliki motosikal melebihi 500cc
    • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
    Untuk semakan meklumat berkaitan dengan BSH 2020, anda boleh rujuk di sini 

    Maklumat Lanjut 

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, anda boleh menghubungi pihak LHDN di saluran berikut:
    • Telefon : 1-800-88-2747
    • Facebook : LHDN

    Post a Comment

    0 Comments