Berita Semasa
Berita Semasa - Program Subsidi Upah Dinaikkan Kepada RM800 - RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja Dan Majikan
Selepas YAB Perdana Menteri membentangkan bantuan prihatin nasional tambahan semalam, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara untuk membuat permohonan dan menuntut RM800 - RM1,200 untuk para pekerja dalam Program Subsidi Upah. Bagi para majikan, anda dikehendaki untuk membaca segala maklumat penuh berkaitan dengan Program Subsidi Upah di bawah ini.
Apa itu Program Subsidi Upah?
Program Subsuidi Upah adalah merupakan satu perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program - ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu para majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% agar dapat mengekalkan para pekerja yang mempunyai gaji RM4,000 dan ke bawah.
Pihak majikan wajib membuat tuntutan bagi pihak pekerja bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah yang telah dinyatakan oleh kerajaan pada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan selama tempoh tiga bulan. Pemberian RM600 ini dikhaskan bagi para majikan yang mempunyai para pekerja melebihi 200 orang.
Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 76 orang hingga 200 orang pula, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap para pekerja.
Bagi para syarikat yang mempunyai bilangan para pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah berjumlah RM1,200 bagi setiap para pekerja. Melalui inisiatif ini, para syarikat dijangka akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
Datuk Seri M Saravanan yang merupakan Menteri Sumber Manusia berkata, pihak majikan yang membuat tuntutan tidak dibenarkan untuk membuang para pekerja, memotong gaji pekerja ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa ada gaji bagi tempoh masa tiga bulan selepas program ini dijalankan.
Di bawah ini adalah pengkongsian mengenai syarat kelayakan pemohon, cara untuk memohon dan bagaimana kaedah pembayaran dilaksanakan.
Syarat Kelayakan:
- Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
- Bagi majikan yang mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula pada 01 Januari 2020.
- Pihak majikan wajib untuk tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
- Pihak majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
Kaedah Pembayaran:
- Bayaran perlu dikreditkan secara terus ke dalam akaun para pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada pihak PERKESO.
- Bayaran bagi para pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.
Cara Memohon:
- Semua permohonan perlu dikemukakan oleh pihak majikan bagi pihak pekerja mereka bermula pada 01 April 2020 melalui laman web rasmi PERKESO.
- Para pekerja akan menerima pakej bantuan ini selama tempoh tiga bulan iaitu berjumlah RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lebih lanjut, emelkan sebarang pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.
Post a Comment
0 Comments