Berita Semasa - Mengapa Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Masih "Permohonan Diterima"


Mesti ramai diantara korang yang masih menunggu dan tertanya-tanya mengapa status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) korang masih lagi memaparkan paparan "PERMOHONAN DITERIMA" sejak daripada hari korang mohon kan?

Anda tak perlu risau jika anda login ke laman web rasmi BPN dan status permohonan yang anda lakukan masih memaparkan paparan "PERMOHONAN DITERIMA" kerana ianya bukan bermaksud anda tidak layak untuk menerima bantuan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa status permohonan yang anda lakukan masih lagi memaparkan paparan "PERMOHONAN DITERIMA", Sila baca pada perkongsian di bawah ini.

Mengapa Status Permohonan Masih Lagi "PERMOHONAN DITERIMA"?

Jika anda telah melakukan permohonan baru iaitu dalam tempoh masa bermula pada 01 April 2020 sehingga 30 April 2020, permohonan yang anda lakukan itu adalah tergolong dalam permohonan baru. Sila baca pada keterangan di bawah ini.


Seperti yang telah dimaklumkan serta dijelaskan oleh pihak Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC, segala permohonan baru permohonan rayuan BPN akan mula diproses pada awal bulan Mei 2020. 

Hal ini bermaksud:
  • Tiada sebarang keputusan ataupun proses pembayaran akan dilakukan bagi permohonan baru serta permohonan rayuan BPN pada bulan April 2020.
  • Bagi mereka yang baru sahaja melakukan permohonan iaitu bermula pada 01 April 2020, status permohonan "PERMOHONAN DITERIMA" akan dipaparkan.
  • Pembayaran BPN bagi permohonan baru serta rayuan akan dilakukan sekaligus bermula pada bulan Mei 2020.
Bagi mereka yang telah melakukan permohonan baru serta rayuan, anda boleh melakukan semakan permohonan selepas tarikh permohonan ditutup iaitu pada 30 April 2020 melalui laman web Bantuan Prihatin Nasional. Semoga permohonan yang anda lakukan semua berhasil. 

Untuk memasuki laman web Bantuan Prihatin Nasional, anda boleh klik pada pautan "BANTUAN PRIHATIN NASIONAL" di bawah ini.

Post a Comment

0 Comments