Berita Semasa
Berita Semasa - Bayaran Fasa Kedua BPN Bermula Pada 04 Mei Ini
Bagi pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk golongan B40 dan M40 yang membabitkan isi rumah dan individu bujang akan dijalankan bermula pada 04 Mei 2020 ini.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan berkata, setakat ini seramai 7.74 juta penerima telah menerima bayaran bagi fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang berjumlah RM5.47 bilion.
"Proses pembayaran tunai bagi mereka yang tidak mempunyai akaun telah bermula sejak 17 April 2020 lalu lagi dan semuanya berjalan dengan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.
"Dengan ini, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa pembayaran fasa kedua bagi semua penerima BPN golongan B40 dan M40 sama ada isi rumah ataupun individu bujang akan dibuat bermula pada 04 Mei 2020 ini." - kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Sehingga 26 April, kementeriannya telah pun menerima sebanyak lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2.96 juta adalah merupakan permohonan baharu dan sebanyak 305,000 adalah permohonan rayuan.
"Proses ini bakal ditutup bermula pada 30 April ini bersamaan dengan hari khamis dan pengunguman berkaitan pembayaran pula akan bermula pada minggu hadapan selepas proses semakan selesai dilakukan." - kata beliau.
Selain itu, permohonan bagi Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan mula dibuka bermula pada 01 Mei 2020 dan proses permohonan bakal diselaraskan serta diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan dilakukan dalam masa terdekat.
Untuk mengetahui berita ini dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan "SUMBER" yang ada di bawah.
SUMBER
Post a Comment
0 Comments