Gaji Pekerja WAJIB Dibayar Walaupun Premis Ditutup Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – Peguam Sumber Manusia





Majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac ini.

Menurut peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.

Perintah Kawalan Pergerakan adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan pekerja sahaja.

Jadi pekerja perlu dibayar gaji seperti biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar. Manakala bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.

Baca juga: COVID-19: Majikan Tolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh 18-31 Mac? Baca Ini Hak Anda Sebagai Pekerja

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman pada Isnin berkata, hanya sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh rujuk Premis Kerajaan & Swasta Di Tutup, Siapa Yang Cuti Dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ 14 Hari Nanti?

Sektor itu merangkumi air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sumber : Astro Awani

Post a Comment

2 Comments

  1. Apa nak buat klu majikan tak bayar gaji? Sbb majikan kmi byr salary until 17 March shj..

    ReplyDelete
  2. Klu bekerja di kantin sekolah perlu x dibayar gaji?

    ReplyDelete