Berita Semasa - Soalan Lazim Mengenai Bantuan Prihatin Nasional Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Melakukan Permohonan


Selepas pengunguman tentang Bantuan Prihatin Nasional yang dilakukan oleh Perdana Menteri, ramai yang telah mencari dan bertanya tentang bagaimana mekanisme pembayaran bantuan ini akan dilakukan serta pelbagai lagi soalan-soalan lain yang telah timbul. Dekat bawah ini terdapat beberapa soalan yang mungkin akan menjawab segala persoalan-persoalan anda tentang Bantuan Prihatin Nasional.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah terus ke Channel Telegram Rasmi Pre Prihatin melalui pautan ini.

Bagaimana Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional? 

Masih ramai yang keliru sama ada mereka perlu mengisi borang online dahulu ataupun bagaimana sebelum menerima Bantuan Prihatin Nasional. Ini adalah merupakan jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Kewangan dalam satu temubual ekslusif wartawan Faris Izzat Shaharudin bersama Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.

Golongan B40 dan M40 yang kita sebutkan di dalam Pakej Prihatin ni kita ada database mereka. Jadi kita dapat anggarkan siapa yang akan dapat dan kita akan transfer duit tersebut ke akaun masing-masing. Bagi yang mana belum ada database dengan kita, boleh mendaftar di website Kementerian Kewangan dan ada tersedia di sana senarai bagaimana seseorang itu boleh mendaftar untuk mendapatkan insentif yang disebutkan dalam Pakej Prihatin ini. - Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz

Ini bermakna, hanya golongan B40 dan M40 sahaja yang belum mempunyai database dalam Kementerian Kewangan sahaja yang perlu mendaftar untuk mendapatkan insentif Pakej Prihatin ini.

Permohonan Baru Pakej Bantuan Prihatin Nasional

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baru boleh dilakukan bermula pada 1 April 2020 melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu www.hasil.gov.my

Pastikan anda hanya melakukan permohonan melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja kerana scammer ada di mana-mana.

Di bawah ini adalah merupakan kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pengunguman Bantuan Prihatin Nasional. Sila klik pada pautan "BANTUAN PRIHATIN NASIONAL" untuk maklumat lebih lanjut. 







Post a Comment

0 Comments