Berita Semasa - Senarai Penuh Bantuan Prihatin Nasional Sebanyak RM250 Billion Bermula April Dan Mei 2020


Penularan wabak COVID-19 di negara Malaysia telah sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan serta ekonomi rakyat dan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran dalam kehidupan sosial masyarakat. Oleh yang demikian, Perdana Menteri Malaysia telah mengambil inisiatif bagi membendung masalah yang dialami oleh majoriti rakyat Malaysia dengan mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat COVID-19 seperti di bawah ini.


  • 1. Memberikan RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah sebulan. Bayaran sebanyak RM1,000 akan dijelaskan bermula bulan April 2020 dan RM600 bermula bulan Mei 2020.
  • 2. Memberikan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000. Bayaran sebanyak RM500 akan dijelaskan bermula bulan April 2020 dan RM500 lagi bermula bulan Mei 2020.
  • 3. Memberikan RM800 kepada tiga juta individu yang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah. Bayaran sebanyak RM500 akan dijelaskan bermula bulan April 2020 dan RM300 bermula bulan Mei 2020. 
  • 4. Memberikan RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun dan keatas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanya RM250 akan dijelaskan bermula bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei 2020.
  • 5. Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mula dilaksanakan pada bulan Julai 2020.
  • 6. Para pelajar IPT akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dijelaskan bermula pada bulan Mei 2020.
  • 7. Bagi golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya (OKU), golongan gelandangan dan orang asal, pihak kerajaan akan bekerjasama dengan para NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan memberikan peruntukan berjumlah RM25 juta.
  • 8. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua para peminjam selama tempoh enam bulan yang melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta. Pihak kerajaan juga turut bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh masa yang sama kepada para peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta yang mana inisiatif ini akan memberi manfaat kepada seramai 174,500 orang peminjam.
  • 9. Program mySalam akan menyediakan manfaat kepada golongan B40 yang dimasukkan ke dalam Hospital kerana jangkitan COVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, pihak kerajaan juga turut bersetuju untuk memanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
  • 10. Pihak kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan daripada akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga berjumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh masa bulan April 2020 sehingga Disember 2020.
  • 11. Pihak kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang telah diumumkan sebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan.
  • 12. Perumahan Awam DBKL beri pengecualian sewa selama tempoh 6 bulan.
  • 13. Sewa premis kerajaan akan diberi pengecualian milik Kerajaan Persekutuan.
  • 14. Diskaun TNB akan diberikan bermula 1 April 2020.
  • 15. Internet percuma akan diberikan bermula 1 April 2020 sebanyak 1GB sehari.
  • 16. Pihak kerajaan juga turut tidak melupakan kebajikan para penjawat awam yang setia menjalankan amanah untuk negara dengan memberikan bantuan sebanyak RM500 secara "one-off" kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan kebawah termasuklah mereka yang bekerja secara kontrak. Pihak kerajaan juga akan menyalurkan bantuan sumbangan kepada pesara sebanyak RM500 secara "one-off" kepada lebih 850,000 pesara kerajaan. Bayaran akan mula dijelaskan bermula April 2020.
Senarai Lengkap Bantuan Prihatin Nasional 
    Hebahan dan senarai bantuan untuk rakyat Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi akan dikemaskini daripada semasa ke semasa.

    Post a Comment

    0 Comments