Isu Semasa
Panduan Serta Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 Sabah dan Sarawak
Pengambilan bagi Pembantu Pendaftaran Gred KP19 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang giat berjalan bagi Negeri Sabah dan Sarawak yang akan dilakukan tidak lama lagi. Jika anda salah seorang calon untuk exam 21 Januari nanti, Anda berada ditempat yang betul.
Tahun 2020 ini, SPA dijangka akan membuka ribuan peluang pengambilan pegawai baru bagi ditempatkan di banyak kementerian, jabatan di seluruh negara. Anda cukup bertuah kerana dipanggil untuk peperiksaan online kali ini kerana agak lama jawatan ini dibuka bagi pengambilan baru.
Ini merupakan peperiksaan ketiga Bulan Januari ini setelah Peperiksaan Pegawai Siasatan SPRM pada pertengahan bulan Januari lepas.
Semakan Calon
Sebelum anda mengisi borang disini pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi mendapatkan angka giliran dan juga akses untuk peperiksaan online nanti. Anda boleh menyemak di
http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu_pendaftaran/
Jika ada maklumat anda, tahniah, Anda kini selangkah untuk menjawat jawatan pembantu tadbir.
Format Peperiksaan Online Pembantu Pendaftaran
Dalam peperiksaan online kali ini mengandungi 2 seksyen sahaja iaitu daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bahasa inggeris. Bagi daya menyelesaikan masalah, anda perlu tahu dan ingatkan kembali apa yang anda pelajari ketika Sijil Pelajaran Malaysia dahulu. Begitu juga kefahaman bahasa Inggeris yang baru sahaja diperkenalkan.
SEKSYEN A – DAYA PENYELESAIAN MASALAH
Masa: 25 minit
Bagi seksyen ini calon dikehendaki untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan:
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran untuk mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon akan diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Angka yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh menggunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.
(iii) Konsep-Konsep Matematik (Formula)
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh itu, soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Masa sudah suntuk bagi para calon membuat persediaan. Jalan pintas ialah dengan mendapatkan rujukan yang telah disiapkan untuk anda termasuk nota-nota dan juga contoh soalan peperiksaan SPA versi terkini.
SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Masa: 20 Minit
Seksyen ini adalah bagi menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak terlalu sukar kerana soalan tahap SPM. Tapi jangan pandang ringan bagi seksyen ini.
1. Ali didn’t have much money, ______ he got by.
A. since
B. but
C. so
D. for
Jawapan: B
Dan banyak lagi contoh soalan yang akan menguji kemahiran bahasa inggeris anda menerusi contoh soalan dan nota yang akan diberikan kepada anda.
DAPATKAN RUJUKAN KHAS : KLIK SINI
Bagi mereka yang tak tahu nak prepare apa dan rasa 'kosong', Kami ada menyediakan contoh soalan dan juga nota penting bagi anda kuasai sebelum menjalani peperiksaan online ini.
Tahniah kerana memilih untuk memiliki rujukan persediaan PEMBANTU PENDAFTARAN KP19 sesi 21 JANUARI 2020 ini
Pembelian ini didatangkan dengan pakej tambahan untuk memastikan anda dapat maksimum exam anda JANUARI 2020 dan menjawat jawatan Pembantu PEMBANTU PENDAFTARAN KP19 ini
DAPATKAN RUJUKAN KHAS : KLIK SINI
Post a Comment
1 Comments
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete