Cara Mohon Online EGTukar Kementerian Pendidikan Malaysia sesi Jun 2020 & Januari 2021



Maklumat penting bagi permohonan e-Gtukar pertukaran guru Kementerian Pendidikan Malaysia sesi Jun 2020 serta Januari 2021 secara online

Berikutan jumlah permohonan bagi pertukaran guru yang tinggi iaitu sebanyak 20,470 pada tahun 2018, KPM akan meniliti semula permohonan guru-guru yang telah menghantar permohonan pertukaran ini. Salah satu sebab pertukaran yang paling tinggi ialah disebabkan tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing.

Pun begitu, perlu diingat bahawasanya keputusan pertukaran itu pula bergantung kepada kekosongan sedia ada pada sekolah yang dipohon.

Untuk melakukan proses permohonan secara online ini, sila ikuti langkah-langkah yang kami sediakan di dalam siaran artikel terbaru kami kali ini iaitu cara permohonan egTukar sesi Jun 2020 dan Januari 2021 secara online.


APA ITU ‘E-GTukar’?

E-GTukar adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi bagi memudahkan para guru serta pentadbir sistem untuk membuat pertukaran atas sebab-sebab munasabah yang dibenarkan.

E-GTukar telah dibangunkan sendiri oleh sektor tertentu dalam KPM seperti Sektor Operasi Pendidikan (SOP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Perlu diingatkan juga, hanya guru yang telah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem & Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja dapat menggunakan modul ini.

Pada tahun ini juga KPM akan menganalisis permohonan kepada guru yang memerlukan untuk bertukar. Oleh itu, modul E-GTukar akan digunakan dan akan dibuka secara berperingkat bagi sesi Jun 2020 dan Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja.

Permohonan guru-guru akan ditapis berdasarkan syarat-syarat serta keperluan yang telah ditetapkan. Guru yang berminat untuk membuat permohonan dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat serta tindakan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi hendaklah melalui laman sesawang e-operasi dengan segera. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, guru hendaklah berhubung dengan pentadbir sekolah masing-masing.


Image result for EG TUKAR


Permohonan Online e-Gtukar Sesi Jun 2020 & Januari 2021


SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN e-GTUKAR 2020
  • Guru hanya diluluskan bertukar selepas mendapat kelulusan daripada jabatan pendidikan negeri asal serta surat penempatan pertukaran daripada jabatan pendidikan yang dipohon diluluskan.
  • Permohonan hanya dapat dipertimbangkan sekiranya terdapat kekosongan di sekolah tempat/negeri yang dipohon.
  • Penempatan ke sekolah bakal ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah (PPD)) / bahagian-bahagian yang berkaitan di KPM
  • Sebarang pembatalan setelah permohonan diluluskan tidak akan dilayan
SENARAI GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
  • Guru yang sedang mengambil cuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang / dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru interim yang sedang menjalani kursus dalam cuti (KDC)
  • Guru cemerlang yang sedang memangku / belum dinaikkan pangkat
  • Guru yang sedang menjalani kursus / cuti belajar
  • Guru Gred DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Permohonan Online e-Gtukar

Sila klik pada pautan : Sistem Aplikasi e-Gtukar Permohonan Pertukaran Guru

  1. Sila masukkan ID pengguna, kata laluan "password" dan kad pengenalan seperti yang didaftarkan, kemudian sila tekan butang "OK"
  2. Untuk pengguna kali pertama, anda hendaklah daftar masuk dengan mengisi maklumat peribadi serta tekan butang "simpanegtukar"
Semakan Kekosongan Jawatan Mengikut Negeri

Sila klik pada pautan Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen Terkini

  1. Para pemohon haruslah menggunakan sistem lampu isyarat dalam mendapatkan informasi berkaitan kekosongan jawatan serta opsyen di negeri pilihan sebelum membuat pengesahan atas permohonan yang telah dibuat.
  2. Sistem lampu isyarat merupakan petunjuk jika terdapat kekosongan / sebaliknya. Sekiranya lampu hijau maka terdapat kekosongan, maka jika lampu isyarat warna merah maka tiada kekosongan
INFO PENTING UNTUK e-Gtukar

  1. Salinan dokumen yang diperlukan mesti diserahkan kepada pengetua atau guru besar untuk tujuan pengesahan.
  2. Pastikan semua maklumat yang diberi adalah benar. Sekiranya didapati terdapat pemalsuan permohonan tidak akan dilayan.
  3. Semua jawatan yang dipegang akan tergugur sekiranya permohonan pertukaran diluluskan
Bagi sebarang maklumat lanjut serta info lain anda boleh muat turun senarai "Frequently Asked Question" FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan yang kami sediakan di bawah:
KESIMPULAN

Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu memudahkan urusan ribuan guru yang benar-benar memerlukan pertukaran sekolah ini.

Kami ucapkan selamat berjaya dalam urusan permohonan anda dan teruskan bersama kami untuk maklumat-maklumat yang terkini.

Terima Kasih.

Post a Comment

1 Comments

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete