Berita baik buat anda kerana pada 22 Februari 2021 yang lalu, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan telah melancarkan Rumah Residensi Prihatin secara langsung melalui laman Facebook. Untuk makluman, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan akan membangunkan 10,000 unit kediaman mampu milik untuk golongan belia dengan harga di bawah RM200,000 seunit melalui Program Residensi Prihatin. 


Untuk pengetahuan anda semua, Residensi Prihatin merupakan sebuah program perumahan mampu milik baharu yang membantu golongan berpendapatan rendah (B40) di Wilayah Persekutuan memiliki rumah yang selesa dan berkualiti. 


Ikuti segala perkongsian yang telah pasukan Kerjayaku Kini sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan Rumah Residensi Prihatin ini. 


UNIT RESIDENSI PRIHATIN


Bagi pengetahuan anda, penetapan sasaran Residensi Prihatin untuk tempoh 3 tahun mulai 2021 - 2024 adalah sebanyak 10,000 unit di:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

CIRI-CIRI RUMAH RESIDENSI PRIHATIN

Rumah Residensi Prihatin menawarkan keluasan 750 kps yang mempunyai ciri seperti berikut:
  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Dapur
  • Ruang Tamu
  • Ruang Makan
  • Yard
  • Bentuk Rumah Bertstrata

KELEBIHAN RUMAH RESIDENSI PRIHATIN





SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman, berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi para pemohon yang berminat:
  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Bujang atau Berkahwin
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Permohonan rumah pertama sahaja
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residen Prihatin

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan Rumah Residen Prihatin boleh dilakukan melalui portal rasmi Residensi Prihatin di pautan berikut: 
  • https://residensiprihatin.kwp.gov.my/preregister 
  • Klik butang 'Daftar Minat'
  • Kemudian, klik 'Saya Layak'
  • Lengkapkan maklumat dan profil peribadi
  • Pilih projek yang anda minati
  • Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  • Muat naik dokumen permohonan
  • Kemudian, sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut

DOKUMEN PERMOHONAN

Dokumen permohonan perlu dimuat naik di dalam Portal Residensi Prihatin bagi melengkapkan permohonan. 

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai Residensi Prihatin boleh disalurkan melalui talian 03-8889 7640 atau email urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my

Maklumat lanjut mengenai Residensi Prihatin boleh dilihat melalui laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/