Tarikh Pendaftaran Baharu & Kemaskini Permohonan BPR Dibuka Sehingga 25 Februari 2021


 

Berita baik bagi para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kerana menurut Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan media bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari sehingga 15 Februari 2021 akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021


Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa BPR yang diterima adalah mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara kita pada ketika ini. 


SIAPA YANG PERLU MEMOHON?


Untuk pengetahuan anda, pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu melakukan permohonan baharu. 


Ini temasuk mereka golongan yang mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran penularan wabak pandemik Covid-19. Dengan adanya proses pendaftaran baharu / kemaskini ini, mereka yang tidak lulus dan belum pernah menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula. 


ADAKAH PEMOHON SEBELUM INI PERLU MELAKUKAN PENDAFTARAN BAHARU?

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu / kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat. 


BILA TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 BPR 2021?

  • Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021
  • Manakala bayaran Fasa 2 BPR pula dijangka akan dibuat bermula awal bulan Mei 2021

Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri  Malaysia (LHDN) buat masa sekarang telah menerima hampir 550,000 permohonan baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem. 

Tambahan pula, proses semak silang ini juga melibatkan 25 agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, LHDNM dan pelbagai agensi untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan permohonan BPR.

KENYATAAN MEDIA TENTANG BPR TERKINI



Para pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang BPR.

Post a Comment

0 Comments